Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Komunikasi Malaysia
Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi atau KTAK adalah merupakan kementerian yang ditubuhkan pada 27 Mac, 2004 sejajar pembentukan struktur baru kabinet Malaysia, justeru menggantikan Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia.
KTAK bertanggungjawab dalam mentadbir, mengawalselia serta mengurus hal-hal berkaitan tenaga, komunikasi (infrastruktur), pos juga air di Malaysia.
Peranan
Peranan Kementerian telah berubah daripada sebuah kementerian yang menyediakan perkhidmatan kepada kementerian yang menggubal dasar dan mengawalselia perkhidmatan bagi sektor Tenaga, Air dan Komunikasi.Dengan ini, teras utama peranan Kementerian adalah memudahkan juga mengawal pertumbuhan industri di dalam sektor-sektor tersebut bagi memastikan perkhidmatan yang diberi kepada pengguna seluruh negara adalah berkualiti tinggi, efisyen dan selamat digunakan dengan harga yang berpatutan. Tugas-tugas kawalselia Kementerian dilaksanakan oleh badan-badan kawalselianya iaitu Suruhanjaya Tenaga juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.
Visi
Menjadi pemangkin utama bagi pembangunan yang dinamik dan berdaya tahan dalam industri tenaga, air dan komunikasi Malaysia.Misi
Membangun serta menggubal dasar yang inovatif dan strategik, merangka rangka kerja kawalselia sendiri serta membentuk satu sistem pengurusan yang berdaya maju, berkesan juga efisyen.Objektif
- Untuk memastikan wujudnya satu infrastruktur yang bersepadu, efisyen dan berkualiti tinggi bagi industri tenaga, air dan komunikasi.
- Untuk menyediakan persekitaran yang sesuai bagi pembangunan industri tenaga, air dan komunikasi.
- Untuk memastikan kemajuan teknologi bagi industri tenaga, air dan komunikasi yang berterusan menerusi penyelidikan dan pembangunan
- Untuk memastikan servis mahupun penghantaran tenaga, air dan komunikasi di seluruh negara adalah efisyen serta efektif dengan harga yang termampu di samping meningkatkan produktiviti seharian juga kualiti hidup.
- Untuk memastikan bekalan atau keperluan mahupun peruntukan tenaga, air serta komunikasi sentiasa berterusan dan terjamin.
- Untuk mewujudkan sistem pengawalseliaan yang dinamik dan progresif bagi menggalakkan pertumbuhan pasaran di samping mengawal kesan yang mungkin timbul daripada industri tenaga, air dan komunikasi kepada masyarakat mahupun persekitaran.
- Untuk terus-menerus mempertingkatkan sistem sokongan pengurusan korporat.
Piagam Pelanggan
Dalam merealisasikan visi untuk menjadi pemangkin utama bagi pembangunan Industri Tenaga, Air dan Komunikasi dalam negara yang dinamik dan berdaya tahan, KTAK berikrar untuk membangun dan menggubal dasar yang inovatif dan strategik, yang bermatlamatkan kesejahteraan rakyat, rangka kerja kawalselia kendiri serta membentuk suatu sistem pengurusan yang berkesan, cekap dan berdaya maju. Untuk itu, akan dipastikan wujudnya perkara-perkara berikut:-- Suatu infrastruktur yang bersepadu, cekap dan bermutu tinggi bagi industri tenaga, air dan komunikasi;
- Suatu suasana yang sesuai bagi pembangunan industri tenaga, air dan komunikasi;
- Kemajuan teknologi bagi industri tenaga, air dan komunikasi yang berterusan menerusi penyelidikan dan pembangunan;
- Penyediaan perkhidmatan asas tenaga, air dan komunikasi disalurkan secara sama rata dan pada harga yang berpatutan bagi memenuhi keperluan rakyat dan pembangunan negara;
- Pembekalan tenaga, air dan perkhidmatan komunikasi yang selamat dan boleh dipercayai;









