Peningkatan Sistem Pendidikan Malaysia

Masyarakat di negara ini juga tinggi dan rakyat mahukan sistem pendidikan kita mesti setaraf atau lebih baik daripada sistem pendidikan di negara maju.matlamat menjadikan istem pendidikan negara antara yang terbaik di dunia ... Baca Selengkapnya





* Penyakit Gastrik
* Penggunaan Teknologi Biometriks di Malaysia
* Sebab - sebab Penjara Pudu Ditutup
* Kebakaran Semakin Menjadi -Jadi


Program Transformasi Kerajaan

Program Transformasi Kerajaan adalah untuk mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat dalam ... Baca Selengkapnya





* Dasar Automotif Nasional
* Dasar 1 Murid 1 Sukan
* Dasar Transformasi Nasional
* Dasar Biofuel Negara


Sumbangan Sektor Pelancongan

Sektor Pelancongan diiktiraf sebagai penyumbang dalam perkembangan ekonomi negara.Beri saranan anda tentang sumbangan pelbagai pihak untuk memajukan industri pelancongan di..... Baca Selengkapnya







Download Soalan


Web ini di dalam Pra Universiti Network
( Peringkat Percubaan )

Kementerian Perdagangan & Hal Ehwal Pengguna

 

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP} ialah sebuah kementerian Malaysia yang ditubuhkan pada 27 Oktober 1990 untuk menggalak pembangunan perdagangan dalam negeri serta untuk meningkatkan keberkesanan perlindungan pengguna. Menteri KPDNHEP yang terkini (2009) ialah Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob. Berikutan daripada perubahan kepimpinan kerajaan Malaysia kepada Dato' Sri Najib Tun Razak pada Mac 2009, semenjak 11 Jun 2009, KPDNHEP kini dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) disebabkan oleh sektor koperasi negara yang sebelum ini berada di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang dimansuhkan, diletakkan di bawah kementerian ini

Sejarah Penubuhan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna ditubuhkan pada 27 Oktober 1990. Matlamat penubuhan Kementerian adalah untuk menggalak pembangunan perdagangan dalam negeri yang beretika dan melindungi kepentingan pengguna.

Menteri-Menteri

Menteri yang terlibat adalah seperti berikut:-
  • Datuk Seri Utama Shahrir Abdul Samad (2008- 2009)
  • Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob (2009 - kini)



Bidang tugas dan fungsi

KPDNHEP mengawalseliakan perdagangan dalam negeri melalui:
  • Penentuan dan pemantauan harga barang-barang perlu;
  • Perlesenan dan pengawalan pengeluaran, pengedaran dan penjualan barang-barang perlu;
  • Hal ehwal perlindungan pengguna;
  • Urusan berkaitan harta intelek yang meliputi hak cipta, cap dagangan, paten dan rekabentuk perindustrian;
  • Perlesenan bagi penjualan dan pengedaran barangan petroleum dan petrokimia;
  • Penyelarasan dasar: peraturan dan aktiviti-aktiviti berkaitan keselamatan industri petroleum, petrokimia dan gas;
  • Pelesenan urusniaga jualan langsung;
  • Membanteras penyelewengan dalam perdagangan ;
  • Perlaksanaan peraturan timbang dan sukat;
  • Pendaftaran dan penyeliaan syarikat dan syarikat-syarikat amanah;
  • Pendaftaran dan penyeliaan perniagaan-perniagaan;
  • Penggubalan dan pengkajian dasar dan strategi berkaitan pembangunan perdagangan dalam negeri, kepenggunaan dan harta intelek.

Organisasi

KPDNHEP mempunyai cawangan di setiap negeri di Malaysia, termasuk Kuala Lumpur, dan terdiri daripada 11 bahagian seperti berikut:
  1. Bahagian Perdagangan Dalam Negeri
  2. Bahagian Penguatkuasa
  3. Bahagian Pembangunan Perniagaan
  4. Bahagian Teknologi Maklumat
  5. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
  6. Bahagian Dasar dan Perancangan
  7. Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan
  8. Bahagian Audit Dalam
  9. Bahagian Nasihat Perundangan
  10. Bahagian Hal Ehwal Pengguna
  11. Tribunal Tuntutan Pengguna.

Leave a Reply