Peningkatan Sistem Pendidikan Malaysia

Masyarakat di negara ini juga tinggi dan rakyat mahukan sistem pendidikan kita mesti setaraf atau lebih baik daripada sistem pendidikan di negara maju.matlamat menjadikan istem pendidikan negara antara yang terbaik di dunia ... Baca Selengkapnya





* Penyakit Gastrik
* Penggunaan Teknologi Biometriks di Malaysia
* Sebab - sebab Penjara Pudu Ditutup
* Kebakaran Semakin Menjadi -Jadi


Program Transformasi Kerajaan

Program Transformasi Kerajaan adalah untuk mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat dalam ... Baca Selengkapnya





* Dasar Automotif Nasional
* Dasar 1 Murid 1 Sukan
* Dasar Transformasi Nasional
* Dasar Biofuel Negara


Sumbangan Sektor Pelancongan

Sektor Pelancongan diiktiraf sebagai penyumbang dalam perkembangan ekonomi negara.Beri saranan anda tentang sumbangan pelbagai pihak untuk memajukan industri pelancongan di..... Baca Selengkapnya







Download Soalan


Web ini di dalam Pra Universiti Network
( Peringkat Percubaan )

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia


Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia merupakan kementerian di bawah kerajaan Malaysia. Menterinya masa kini adalah Dato' Seri Dr. Maximus Ongkili.

Sejarah

Pada tahun 1973, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Kementerian Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan. Dalam usaha untuk mencerminkan penekanan kerajaan terhadap sains dan teknologi (S&T) dan inovasi, Kementerian ini telah dirombak dan dikenali sebagai Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE) pada tahun 1976. Pada tahun 2004, Kementerian ini telah dirombak dan dikenali sebagai Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Misi

Misi MOSTI adalah untuk mewujudkan sebuah persekitaran yang berdaya saing untuk kemajuan dalam bidang sains dan teknologi dengan maksud menjana pengetahuan kemewahan dan meningkatkan kualiti hidup melalui pembangunan lestari.

Kementerian ini dipandukan oleh misinya untuk meningkatkan persaingan Malaysia dalam bidang sains dan teknologi supaya rakyat Malaysia menjadi bangsa yang berdaya saing di peringkat antarabangsa dan terus komited terhadap pengurusan alam sekitar untuk jangka masa panjang.

"Memanfaatkan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dan modal insan untuk nilai tambah sektor pertanian dan industri serta membangunkan ekonomi baru, terutama melalui teknologi maklumat dan komunikasi (ICT serta bioteknologi."

Visi

"Sains, Teknologi dan Inovasi bagi penjanaan ilmu, kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat."

Objektif penubuhan

  • Menggalakkan pemahaman kesedaran dan penghargaan terhadap S&T
  • Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (P&P) dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan S&T
  • Memelihara dan memantau alam sekitar
  • Menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal dan pengurusan yang berkesan.

Dasar-Dasar Menerusi Kementerian Sains

Sebuah Plan Tindakan Kebangsaan, Malaysia telah berjaya membangunkan keupayaan dan kebolehannya dalam bidang sains dan teknologi melalui pelbagai program dan aktiviti. Dalam menghadapi cabaran yang mendatang, Kementerian telah memperkukuhkan usahanya untuk mengkaji semula Dasar Sains & Teknologi 

Kebangsaan dengan matlamat untuk menghasilkan Polisi Sains & Teknologi Kebangsaan yang ke-2.
DSTN 2 dijangka dapat menyediakan satu rangka kerja yang lebih dinamik untuk pembangunan S&T, dengan penekanan yang lebih kepada penglibatan sektor swasta dan juga P&P yang berasaskan pasaran. 

Idea yang utama adalah untuk mendapatkan kerjasama di kedua-dua sektor awam dan swasta, bagi memperkukuhkan lagi kebolehan dan kemampuan negara dalam bidang penyelidikan dan teknologi. Fokus DSTN 2 akan menjurus kepada aktiviti-aktiviti berasaskan teknologi tinggi dan intensif pengetahuan yang secara dasarnya bertujuan untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara penyumbang, bukan sahaja sebagai pengguna, dalam bidang sains dan teknologi.
 
Dasar Alam Sekitar kebangsaan memperjelaskan komitmen kerajaan Malaysia terhadap pembangunan lestari. Polisi ini menjadi pelengkap kepada Wawasan 2020 yang bertujuan untuk memastikan Malaysia mencapai tahap sebuah negara membangun tanpa menjejaskan sumber-sumber asli dan alam sekitar

Leave a Reply