Peningkatan Sistem Pendidikan Malaysia

Masyarakat di negara ini juga tinggi dan rakyat mahukan sistem pendidikan kita mesti setaraf atau lebih baik daripada sistem pendidikan di negara maju.matlamat menjadikan istem pendidikan negara antara yang terbaik di dunia ... Baca Selengkapnya





* Penyakit Gastrik
* Penggunaan Teknologi Biometriks di Malaysia
* Sebab - sebab Penjara Pudu Ditutup
* Kebakaran Semakin Menjadi -Jadi


Program Transformasi Kerajaan

Program Transformasi Kerajaan adalah untuk mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat dalam ... Baca Selengkapnya





* Dasar Automotif Nasional
* Dasar 1 Murid 1 Sukan
* Dasar Transformasi Nasional
* Dasar Biofuel Negara


Sumbangan Sektor Pelancongan

Sektor Pelancongan diiktiraf sebagai penyumbang dalam perkembangan ekonomi negara.Beri saranan anda tentang sumbangan pelbagai pihak untuk memajukan industri pelancongan di..... Baca Selengkapnya







Download Soalan


Web ini di dalam Pra Universiti Network
( Peringkat Percubaan )

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia


Sejarah

Sejarah penubuhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula pada tahun 1953 dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah diberi tanggungjawab mengenai belia. Seterusnya pada tahu 1964 Bahagian Kebudayaan ini telah dipindahkan di bawah Kementerian Penerangan

Dalam masa yang sama berikutan kegiatan belia secara berpesatuan yang semakin berkembang, maka bagi tujuan memupuk serta memenatu perkembangan tersebut, Bahagian Belia telah ditubuhkan di bawah kementerian berkenaan. selain itu di bawah kementerian Penerangan ini juga telah ditubuhkan Bahagian Sukan. 

Kementerian Belia dan Sukan hanya diwujudkan pada 15 Mei 1964 iaitu bersempena Hari Belia Negara pada tahun tersebut. Pada tahun 1972, Bahagian Kebudayaan telah diwujudkan dan dengan itu nama Kementerian Belia dan Sukan ini telah diubah kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sehingga tahun 1987 apabila Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan dibawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Dengan perpindahan Bahagian Kebudayaan tersebut, nama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah kembali kepada nama asalnya iaitu Kementerian Belia dan Sukan, sehingga sekarang.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diamanatkan untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan.

Visi KBS

  • Ke arah mewujudkan masyarakat belia yang memiliki keperibadian yang bersepadu dari segi rohani, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab,bersemangat sukarela dan patriotik untuk menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran negara,
  • Melahirkan masyarakat yang aktif, sihat dan cergas serta membangunkan atlet sukan berprestasi tinggi hingga ke taraf antarabangsa.


Misi KBS

Menyediakan Program Pembangunan Belia dan Sukan supaya dapat memberi sumbangan terbaik ke arah pembinaan bangsa dan negara Malaysia yang cemerlang dalam pelbagai bidang, khususnya bagi:-
  • Meningkatkan pembangunan generasi muda ke arah mewarisi dan mengangkat peradaban bangsa dan negara; dan
  • Pembangunan sukan untuk individu dan masyarakat.

Objektif KBS

Objektif KBS ialah: 1.Untuk membina masyarakat belia yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak tinggi dan bergerak maju dalam bidang sosial dan ekonomi serta untuk membina masyarakat yang sihat, cergas dan berbudaya sukan ke arah perpaduan dan pembangunan negara.

Strategi KBS

Strategi KBS bagi mencapai objektif tersebut adalah seperti berikut:
  1. Memberi penekanan kepada perubahan minda dan sikap ke arah membentuk generasi belia yang bertanggungjawab, dinamik, dan mempunyai daya kepimpinan yang baik melalui pelbagai program yang diadakan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa;
  2. Melengkapkan golongan belia dengan pelbagai latihan dan kemahiran vokasional serta sifat-sifat keusahawanan supaya mereka berdikari melalui kursus secara formal di Institut kemahiran Belia Negara (IKBN);
  3. Meramaikan bilangan rakyat ke arah peningkatan kualiti hidup melalui strategi Sukan Untuk Semua dan pengenalan kepada konsep Malaysia Cergas.
  4. Meningkatkan pencapaian sukan ke arah kecemerlangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Objektif

1. Bahagian Pembangunan Kemahiran.
  • Memastikan 75% calon yang ditawarkan melaporkan diri;
  • Memastikan kurang daripada 20% borang-borang permohonan masuk ke IKBN ditolak;
  • Memastikan lebih daripada 90% pelajar IKBN berjaya mendapat sijil penuh; dan
  • Memastikan lebih daripada 95% pelajar IKTBN Sepang yang mengikuti kursus jangka pendek mendapat sijil pencapaian.
2. Cawangan Peentadbiran dan Urusetia Kualiti.
  • Melaksanakan Audit Kualiti Dalaman dua kali setahun.
3. Cawangan Latihan
  • Melaksanakan 90% program latihan yang dirancang.
4. Cawangan Kewangan.
  • Menilai prestasi pembekal dalam tempoh dua kali setahun.
5. Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang.
  • Menawarkan 20 kursus dalam tempoh setahun setahun; dan
  • Memberi latihan kepada 100 peserta dalam masa setahun.
6. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar.
  • Memastikan 95% daripada pelatih mendapat Sijil Standard Kemahiran Malaysia (SKM).
1.Melengkapkan belia-belia dengan pelbagai latihan dan kemahiran vokasional serta sifat-sifat keusahawanan supaya mereka berdikari melalui kursus-kursus formal; 2.Memberi penekanan kepada perubahan sikap bagi membentuk belia yang bertanggungjawab, dinamik , berdaya maju dan mempunyai daya kepimpinan yang baik melalui berbagai program yang diadakan di peringkat daerah, negeri, kebangsaaan dan antarabangsa; 3.Meramaikan bilangan rakyat ke arah peningkatan kualiti hidup melalui strategi “Sukan Untuk Semua ” dan pengenalan kepada konsep “Malaysia Cergas ”; dan 4.Meningkatkan pencapaian sukan ke arah kecemerlangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa .

Leave a Reply