Peningkatan Sistem Pendidikan Malaysia

Masyarakat di negara ini juga tinggi dan rakyat mahukan sistem pendidikan kita mesti setaraf atau lebih baik daripada sistem pendidikan di negara maju.matlamat menjadikan istem pendidikan negara antara yang terbaik di dunia ... Baca Selengkapnya





* Penyakit Gastrik
* Penggunaan Teknologi Biometriks di Malaysia
* Sebab - sebab Penjara Pudu Ditutup
* Kebakaran Semakin Menjadi -Jadi


Program Transformasi Kerajaan

Program Transformasi Kerajaan adalah untuk mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat dalam ... Baca Selengkapnya





* Dasar Automotif Nasional
* Dasar 1 Murid 1 Sukan
* Dasar Transformasi Nasional
* Dasar Biofuel Negara


Sumbangan Sektor Pelancongan

Sektor Pelancongan diiktiraf sebagai penyumbang dalam perkembangan ekonomi negara.Beri saranan anda tentang sumbangan pelbagai pihak untuk memajukan industri pelancongan di..... Baca Selengkapnya







Download Soalan


Web ini di dalam Pra Universiti Network
( Peringkat Percubaan )

KAD DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA

PUTRAJAYA, 2 Jun – Tan Sri Muhyiddin hari ini melancarkan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia, bagi membantu golongan pelajar institut pengajian tinggi menghadapi kenaikan kos harga barangan.
Timbalan perdana menteri itu berkata kad tersebut akan memberikan manfaat kepada lebih 1.5 penuntut di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi dengan kadar diskaun antara lima hingga 60 peratus.
“Menariknya kad ini adalah idea daripada Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) pada November tahun lalu, dan dalam tempoh enam bulan ia telah dilaksanakan,” katanya dan menambah “ini satu rekod, cadangan dilaksanakan dalam tempoh yang singkat.”
Jelas Muhyiddin lagi, “ini adalah bukti kerajaan mendengar suara mahasiswa dan mengiktiraf buah fikiran mereka yang dibawa secara musyawarah dan teratur.”
Terdapat lebih 51 syarikat telah bersetuju untuk memberikan diskaun melalui kad KDS1M tersebut yang mana meliputi buku, alat tulis, pakaian, makanan, barangan IT, perkhidmatan kesihatan, termasuk juga percutian.
Sebelum itu, sewaktu merasmikan mesyuarat MPPK Muhyiddin menjelaskan kerajaan serius dalam membantu golongan pelajar termasuk menyediakan peluang kerjaya selepas mereka menamatkan pengajian.
“Di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara dan pelancaran portal Career For You, kerajaan memandang serius saranan pelajar dan pemimpin mahasiswa.”
Malah, Muhyiddin juga berharap agar mahasiswa di negara ini harus bersedia menggalas amanah memelihara keamanan dan kemakmuran yang dimiliki negara hari ini.
“Elakkan daripada menyertai kegiatan yang berada di luar batas undang-undang yang boleh menjejaskan negara dan memudaratkan keselamatan diri semata-mata untuk membolehkan suara anda didengar kerajaan.
“Di Malaysia, ruang jelas terbuka untuk siapa pun bersuara dan kerajaan sentiasa terbuka menerima dan mendengar pendapat rakyat,” tambah Muhyiddin lagi.

One Comment

  • September 23, 2012 at 2:08 AM | Permalink

    mengapa diskaun pada perkhidmatan awam seperti bas express,LRT,komuter dan lain2 tidak diberi?walhal perkhidmatan ini la yg paling diperlukan oleh pelajar untuk balik dan ke pusat pengajian,kerajaan seharusnya peka dengan masalah ini,saya mencadangkan supaya berkhidmatan awam diberikan diskaun dengan kadar yg sepatutnya,supaya tidak membebankan siswa/siswi negara malaysia.

  • Leave a Reply