Peningkatan Sistem Pendidikan Malaysia

Masyarakat di negara ini juga tinggi dan rakyat mahukan sistem pendidikan kita mesti setaraf atau lebih baik daripada sistem pendidikan di negara maju.matlamat menjadikan istem pendidikan negara antara yang terbaik di dunia ... Baca Selengkapnya





* Penyakit Gastrik
* Penggunaan Teknologi Biometriks di Malaysia
* Sebab - sebab Penjara Pudu Ditutup
* Kebakaran Semakin Menjadi -Jadi


Program Transformasi Kerajaan

Program Transformasi Kerajaan adalah untuk mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat dalam ... Baca Selengkapnya





* Dasar Automotif Nasional
* Dasar 1 Murid 1 Sukan
* Dasar Transformasi Nasional
* Dasar Biofuel Negara


Sumbangan Sektor Pelancongan

Sektor Pelancongan diiktiraf sebagai penyumbang dalam perkembangan ekonomi negara.Beri saranan anda tentang sumbangan pelbagai pihak untuk memajukan industri pelancongan di..... Baca Selengkapnya







Download Soalan


Web ini di dalam Pra Universiti Network
( Peringkat Percubaan )

55 Tahun Kemerdekaan Malaysia

Ramai sedia maklum, "Janji Ditepati" menjadi platform utama Perdana Menteri, Najib Razak dalam jelajah ke seluruh negara bagi melaungkan retorik transformasi

"Janji" membawa maksud pernyataan kesediaan untuk berbuat atau memberi sesuatu; manakala "Ditepati" bermaksud tidak memungkiri atau memenuhi janji yang telah dilafaz. Jika "55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati" menjadi tema sambutan Kemerdekaan negara, makanya kita harus merujuk kepada janji yang mana? Adakah janji Program Transformasi Kerajaan (GTP), atau janji manifesto Cemerlang,Gemilang,Terbilang, atau janji Wawasan 2020? Janji yang mana yang eksekutif hari ini maksudkan yang telah mereka penuhi dan tepati?

Bagaimana pula dengan "janji" untuk menjunjung hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat seperti yang termaktub di dalam Pemasyhuran dan juga Perlembagaan negara? Saat artikel ini ditulis, mereka yang masih ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Kamunting masih lagi tidak dibebaskan, bahkan dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan pun masih tidak dibuat lagi. 55 tahun merdeka, kita dihantui undang - undang drakonian seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Mesin Cetak, Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan beberapa akta dan juga Peraturan Polis. Perdana Menteri, Najib Razak menjuarai transformasi, retorik pemansuhan akta seperti ISA, Akta Darurat dan juga beberapa akta lain.


Bagi berlaku adil baik untuk rakyat dan sang pemerintah, wajar kita menyoroti kembali latar masa sejarah, 55 tahun ke belakang iaitu tanggal 31 Ogos 1957, tarikh keramat di mana Tunku Abdul Rahman melaungkan "Merdeka" selepas beliau membacakan satu pemasyhuran keramat. Arakian pemasyhuran tersebut menandakan detik perubahan dalam sejarah tanahair. Beralihnya dari status sebuah negara terjajah kepada negara bangsa yang bebas dan merdeka. Maka tiada "janji-janji" lain yang lebih layak untuk diangkat sebagai "Janji" melainkan teks keramat - Pemasyhuran Kemerdekaan.

Leave a Reply