Peningkatan Sistem Pendidikan Malaysia

Masyarakat di negara ini juga tinggi dan rakyat mahukan sistem pendidikan kita mesti setaraf atau lebih baik daripada sistem pendidikan di negara maju.matlamat menjadikan istem pendidikan negara antara yang terbaik di dunia ... Baca Selengkapnya





* Penyakit Gastrik
* Penggunaan Teknologi Biometriks di Malaysia
* Sebab - sebab Penjara Pudu Ditutup
* Kebakaran Semakin Menjadi -Jadi


Program Transformasi Kerajaan

Program Transformasi Kerajaan adalah untuk mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat dalam ... Baca Selengkapnya





* Dasar Automotif Nasional
* Dasar 1 Murid 1 Sukan
* Dasar Transformasi Nasional
* Dasar Biofuel Negara


Sumbangan Sektor Pelancongan

Sektor Pelancongan diiktiraf sebagai penyumbang dalam perkembangan ekonomi negara.Beri saranan anda tentang sumbangan pelbagai pihak untuk memajukan industri pelancongan di..... Baca Selengkapnya







Download Soalan


Web ini di dalam Pra Universiti Network
( Peringkat Percubaan )

Kementerian Pertahanan Malaysia


Kementerian Pertahanan Malaysia ialah sebuah kementerian yang bertujuan untuk memelihara kedaulatan, keutuhan, kepentingan dan hak strategik negara Malaysia ke arah mewujudkan rantau yang aman dan makmur. Kementerian ini bertanggungjawab untuk melaksanakan Dasar Pertahanan Negara dan segala pengurusan hal ehwal pertahanan, serta sumber-sumber yang diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mempertahankan negara.
Kementerian Pertahanan dipimpin oleh Menteri Pertahanan, dengan dibantu oleh seorang Timbalan Menteri. Organisasi Kementerian Pertahanan mengandungi dua perkhidmatan utama, iaitu Perkhidmatan Awam dan Angkatan Tentera Malaysia.

Sejarah                                   

Sejurus selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Kementerian Pertahanan telah beroperasi dengan rasminya di sebuah bangunan yang terletak di Brockman Road (sekarang Jalan Dato' Onn), Kuala Lumpur. Bangunan itu menempatkan pejabat Menteri Pertahanan yang pertama, iaitu Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Hussein yang berkhidmat dari 31 Ogos 1957 hingga 22 September 1970.

Beberapa tahun kemudian, bangunan Kementerian Pertahanan yang pertama telah dibina oleh Kerajaan Persekutuan di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur bagi menempatkan pejabat-pejabat panglima dan pegawai-pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia daripada ketiga-tiga perkhidmatan. Bangunan yang dibina dengan kos RM122,000 itu dirasmikan oleh Tun Abdul Razak pada 18 Mac 1960.

Bagi menampung keperluan yang semakin bertambah dengan pembesaran angkatan tentera ke arah menguasai tanggungjawab keselamatan negara, sebuah kompleks yang mengandungi enam blok bangunan empat tingkat kemudian dibina berhadapan dengan Pejabat Bahagian Perkhidmatan Angggota. Kompleks tersebut yang berharga RM2 juta telah dirasmikan pembukaannya oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman pada 6 April 1967.

Ekoran keputusan Kerajaan British mengundurkan bala tenteranya dari rantau ini selepas 1970, Kerajaan Malaysia mengambil beberapa langkah tertentu, termasuk menyusun segala keperluan Angkatan Tentera Malaysia bagi tujuan pembesarannya. Oleh itu, kerajaan membina sebuah bangunan baru yang boleh menampung kesemua agensi Kementerian Pertahanan di bawahnya. Bangunan baru Kementerian Pertahanan sekarang yang terletak di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur, telah di bina dengan harga RM144 juta. 

Kerja-kerja pembinaan yang bermula pada awal tahun 1982 disiapkan pada pertengahan tahun 1985. Bangunan setinggi 20 tingkat yang dikenali sebagai "Wisma Pertahanan" menyediakan ruang-ruang pejabat dan bilik mesyuarat. Kawasan persekitarannya yang dikenali sebagai "Kompleks Wisma Pertahanan" turut menyediakan beberapa kemudahan seperti auditorium, surau, Medan Pertahanan (Padang Kawat), balai pengawal, menara, bilik komputer, landas helikopter, kafeteria, bangunan tempat letak kereta bertingkat, dan lain-lain.

Leave a Reply