Peningkatan Sistem Pendidikan Malaysia

Masyarakat di negara ini juga tinggi dan rakyat mahukan sistem pendidikan kita mesti setaraf atau lebih baik daripada sistem pendidikan di negara maju.matlamat menjadikan istem pendidikan negara antara yang terbaik di dunia ... Baca Selengkapnya





* Penyakit Gastrik
* Penggunaan Teknologi Biometriks di Malaysia
* Sebab - sebab Penjara Pudu Ditutup
* Kebakaran Semakin Menjadi -Jadi


Program Transformasi Kerajaan

Program Transformasi Kerajaan adalah untuk mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat dalam ... Baca Selengkapnya





* Dasar Automotif Nasional
* Dasar 1 Murid 1 Sukan
* Dasar Transformasi Nasional
* Dasar Biofuel Negara


Sumbangan Sektor Pelancongan

Sektor Pelancongan diiktiraf sebagai penyumbang dalam perkembangan ekonomi negara.Beri saranan anda tentang sumbangan pelbagai pihak untuk memajukan industri pelancongan di..... Baca Selengkapnya







Download Soalan


Web ini di dalam Pra Universiti Network
( Peringkat Percubaan )

Karangan: A Laman Web Sosial

Siapa di antara kita yang masih lagi tidak tahu apa itu laman web sosial? Laman web sosial kini menjadi pengantara antara seseorang individu dengan individu lain untuk tujuan tertentu. Laman web sosial dapat menghubungkan individu tersebut, baik dalam negara ataupun luar negara dengan individu lain.

Katagihan Laman Web Sosial

Dewasa kini, banyak laman web sosial yang wujud menjadi pengantara seluruh dunia. Antara laman web yang popular dan menjadi pilihan serta kegilaan pelbagai peringkat umur terutama para remaja ialah Facebook, Twitter, Friendster, Bebo,dan Myspace. Kebanyakan perkhidmatan rangkaian sosial adalah berasaskan web dan menawarkan pelbagai cara interaksi antara pengguna, seperti perbualan dalam talian, bertukar pesanan, e-mel, video, perbualan suara, perkongsian fail, blog, kumpulan perbincangan, dan sebagainya.

Dengan adanya laman web sosial seperti ini, para remaja boleh berhubung atau berkomunikasi dengan cepat berbanding dengan sebelum ini iaitu sebelum terciptanya teknologi maklumat dan komunikasi.
Perkhidmatan rangkaian sosial merupakan satu perkhidmatan yang menumpukan pada pembinaan dan pengesahan rangkaian sosial dalam talian untuk satu komuniti yang berkongsi kegemaran dan aktiviti, atau kepada mereka yang berminat dalam mengetahui kegemaran dan aktiviti orang lain.Laman sosial makin menjadi tapak bagi pengguna internet bagi memperluaskan lagi rangkaian kawan-kawannya. Boleh dikatakan semua pengguna internet mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun laman sosial. Ianya menjadi fenomena sehinggakan menular di dalam pejabat-pejabat sekaligus memberi kesan samada baik atau buruk. Di kebanyakan pejabat swasta dan awam, laman sosial telah di ‘block’ dan hanya dibuka pada waktu rehat dan selepas waktu pejabat sahaja. Ini berlaku atas sebab kegilaan kakitangan menggunakan laman sosial sehingga mengabaikan kerja.

Kewujudan laman web sosial dapat mengeratkan tali silatulrahim, mempertemukan sahabat lama terpisah, mengikuti perkembangan aktiviti pemimpin, bertanya khabar dengan cara paling menjimatkan, berbincang, nasihat menasihati, berkongsi pengalaman dan petua serta banyak lagi kebaikan yang mampu dimanfaatkan pengguna laman web rangkaian sosial ini.
Tetapi tidak dinafikan terdapat penyalahgunaannya oleh segelintir masyarakat. Segelintir pihak menggunakannya sebagai medium meluahkan rasa tidak puas hati dan fitnah. Ini bukan cara terbaik kerana penyalahgunaan laman web sosial tidak dapat menyelesaikan masalah dihadapi.

Untuk entri ini saya akan berkongsi kebaikan dan keburukan laman sosial kepada pengguna internet.

Laman sosial mempunyai kebaikan yang boleh dimanfaatkan. Antaranya ialah :-

1. Berkomunikasi: Boleh menghubungi teman lama yang terpisah. Mempertemukan sahabat lama terpisah. Kita boleh mencari kembali rakan-rakan sekolah melalui jaringan antara satu sama lain. Sambil berhubung boleh mengenang kembali kisah lama. Kisah manis, masin, pahit, tawar dan sebagainya. Talian hubungan dapat dikekalkan. Mengeratkan tali silatulrahim, mengikuti perkembangan aktiviti pemimpin seperti Twitter PM Dato Sri Najib, bertanya khabar dengan cara paling menjimatkan, berbincang, nasihat menasihati, berkongsi pengalaman dan petua.
  2. Boleh membantu mempromosi sesuatu. Melalui laman sosial, entri terbaru boleh dikhabarkan kepada rakan-rakan di laman sosial. Barangan dan perkhidmatan yang baik dapat disebarkan. Misalnya masakan restoran yang enak dan murah dapat diketahui dengan meluas. Jenis kamera yang terbaik untuk nilai wang ringgit dapat dibincangkan.

3. Mudah menyebarkan maklumat. Sebagai contoh, di waktu dulu ketika ingin melakukan majlis jemputan kahwin perlu mencari alamat rakan-rakan masing-masing. Tapi kini dengan kecanggihan laman sosial, kad kahwin boleh di letakkan di sana dan dimaklumkan kepada rakan-rakan. Mudah dan cepat. Permintaan bantuan cemas seperti derma darah jens tertentu untuk membantu pesakit tenat juga dapat disebarkan. Kes-kes penipuan dan wajah penjenayah dapat disebarkan dalam usaha membanteras jenayah.


4. Perkongsian maklumat/ilmu. Kalau kita bijak mencari kawan yang sesuai, kita akan mendapat maklumat terkini dengan cepat. Ada rakan-rakan yang rajin berkongsi berita dan maklumat untuk dikongsi bersama. Sebagai contoh, laman sosial dapat menggantikan tv untuk mengetahui berita terkini. Malah perbicaraan mahkamah diketahui dengn serta merta melalui twitter dan laman web tertentu. Peristiwa terkini dapat diketahui serta merta. Imlu dalam bidang perubatan, teknologi dan sebagainya juga dapat disebarkan.

Laman web sosial seperti ini sebenarnya dapat memberikan banyak kebaikan kepada remaja sekiranya digunakan dengan betul. Tetapi kebanyakannya tidak manfaatkan kemudahan seperti ini dengan sebaik-baiknya sehinggakan ada di antara mereka yang salah guna sehingga mencetuskan kontroversi seperti ugutan kepada individu tertentu.

Leave a Reply